Aku mempunyai seorang kakak angkat, 10 tahun dulu... kami berdua sangat rapat! Bagai adik-beradik betul, kadang-kadang pun adik beradik betul pun gaduh jugak. Aku nak cerita pasal kakak kesayangan aku ni. Kami berjumpa sebab kami bekerja di tempat yang sama, satu pejabat. Cuma di lain bahagian, aku di bahagian produksi, dia penyambut tetamu. Dari situ kami berkenalan dan semakin 'ngam'.
Kami berpisah selepas aku tukar kerja, kami mula putus hubungan. Tahun demi tahun, aku tetap mencari kakak aku ni, dia pun sama. Hendak di jadikan cerita, baru-baru ni, aku berbual dengan rakan sekerja dahulu dan bercerita pasal kakak aku ni. Malam tu jugak, aku mencari kakak kesayangan aku ni dalam 'Facebook'! Jumpa dan terus add! Selang 2-3 hari, masih tak approve! Aku add lagi sekali, dan kali ni aku hantar sekali pesanan.