Wow! Hampir 5 bulan aku tidak menulis kat blog ni, apa yang janjikan aku menulis pasal Seniman Agong Malaya- Tan Sri P. Ramlee (atau nama sebanarnya Teuku Zakaria bin Teuku Nyak Puteh). Lahirnya beliau, pada pagi Hari Raya-1 Syawal, 22 March 1929. Pengalaman awal beliau dalam bidang musik dengan penubuhan kumpulan keroncong,'Orkes Teruna Sekampung'.
Semenjak memenangi Juara Bintang Radio Pulau Pinang dan terpilih menjadi Bintang Penyanyi Utama Malaya, beliau semakin dikenali dan semenjak beliau berhijrah ke Kota Singapura karier seni beliau menjadi-jadi. Semenjak filem pertama lakonan beliau, Chinta-1948, sehinggalah lakonan dan arahan terakhir beliau
'Laxmana DO RE MI'- kita tak jelak atau jemu dengan lawak jenaka beliau dan para pelakon sokongan.
|
P. Ramlee bersama Wan Chik Daud (Milah, 'Filem Do Re Mi')
|