Ahad, Mei 06, 2012

Bob Kuman

Husni Mohd Rawi a.k.a Bob Kuman
(15 April 1971 - 3 Mei 2012)
Aku kenal beliau seingat aku sekitar tahun 1994-1995 di Central Market… lebih 15 tahun, aku tak kenal rapat sangat, cuma kenal gitu-gitu je.. beliau banyak memberi idea pada kawan-kawan. Beliau memang insan seni yang kreatif berbakat besar. Karier menjulang naik nama beliau dengan kumpulan ‘alternatif’ ‘KU2’(Bob Kuman & Kumin) 1995- track lagu yang popular ‘Nicky & Rozi’.



P&C[1995]Pony Canyon Entertaiment M'sia Sdn Bhd
Penerbit - Ajin
Pen.Penerbit - Kuman[Ku2]
Penerbit Eksekutif - Ujang
Susunan Muzik - Ajin
Peniti Suara - Ajin
Jururakam - Syah/Ajin
Studio - Artcell
Unit Promosi - Salina /Azie
Rekabentuk - Ajin

Aku masih kata Arwah Bob masa di rumah sewa  di Selayang – “Tuhan ni Maha Adil, orang kaya banyak duit tapi tiada idea, orang miskin macam kita ni penuh dengan idea….”. Masa tu, dalam rumah tu ramai kawan-kawan kartunis, kartunis Aie, Aedes, Kangkung dan beberapa sahabat lagi… Bob sering datang bertandang ke rumah bujang Selayang (tingkat 16 –kalau kami semua gelak boleh bergegar satu flat!). Aku masih ingat kejadian di food court KLCC, ketika Bob membeli air soya yang berharga RM5.00, mungkin dengan rasa sedikit tidak puas hati, “Ape?! Satu RM5.00…?! Kalau macam ni aku pun nak jual air la.. cepat sikit kaya!.... Jangan marah ye, saya gurau je…” sindiran Bob. Kenangan aku tentang Bob, masih teringat lagi aku bersama Apok (tukang print baju Bob) “berapa banyak 'X' la…” mengira saiz baju Bob… memang kelakar kalau di ingat balik.

Bob meneruskan hidupnya dengan lakonan selain menyanyi, pelbagai beliau cuba, hebat insan ini punyai bakat sangat besar, malah lebih besar dari saiz tubuh badannya. Sahabat-sahabat rapat beliau pasti terasaakan kehilangan beliau seperti kartunis Ujang, Aie, komposer Ajin, Saiful Apek, dan ramai lagi... Semoga rohnya dicucuri rahmat dan di tempatkan dikalangan org beriman. -Amin.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan