Ramai yang tanya aku macamana aku boleh survive hidup aku depan bergantung jualan pada online sahaja... Mudah saja, cuma berbelanja mengikut kemampuan... Aku bekerja bukan untuk mengejar kemewahan, cuma menikmati kemewahan kehidupan... Kadang kita lupa, kita bekerja bukan untuk mengejar kekayaan dan kemewahan... Kita bekerja hanya untuk hidup... Betul kata Pa' Blalang "Ulat dalam batu pun boleh hidup, Cek Kachung" Kalau kita fikiran, bukan disuruh jadi ulat tapi bayangkan kehidupan yang sempit dan gelap masih boleh meneruskan hidup kerana itulah lumrah hidup ulat.
Mulalah berubah, fikiran apa yang perlu bukan apa membebankan. Masih mengikut kehendak orang sekeliling kita, sedangkan kita belum semampu mereka. Aku memerhati orang keliling, masih suka menghasut dan menunjuk-nunjuk dengan barangan yang mereka ada pada orang keliling. Ini suatu yang tidak sihat, sangat tidak sihat! Satu lagi, suka mengutuk atau memperlekeh pada yang mereka belum ada. Penatnya bila aku tengok dengan orang macam ni... Kesian pun ada juga. Mangsa dengan arus kehidupan kepada penjual barang/kapitalis, kononnya dengan adanya barangan terbaru hidupnya lebih hebat dari orang lain. HAHAHA! Ia hanya permainan dunia pemasaran kapitalis untuk untung yang berlipat ganda.
It's okay not to FIT IN, just be yourself.
It's okay not to be one of them.
Sometime you just not realize you better among them.
Yup! Ukur baju di badan sendiri. Fikirkan apa yang PERLU bukan apa membebankan. TAK PERLU terikut dengan kehendak orang sekeliling kita, sedangkan kita belum semampu mereka. [Akak stuju fakta ni]
BalasPadamWell said la Farred!