Selasa, April 08, 2014

Hebat ke tidak kerja aku? Pengalaman tak semua sama.

Diskusi pagi membawa aku mengenang kejayaan atau pencapaian diri aku sendiri. Kalau difikirkan kembali, aku memang bangga, bukan bertujuan nak riak ataupun bongkak tapi ini memang betul-betul kejadian dan pengalaman diri aku sendiri.




1996-1997 Aku mula menjadi 'freelance' pereka grafik, walaupun belum mengenal dunia digital mahupun komputer. Grafik secara manual, 'lukis tangan'. Pernah juga aku bekerja artis di Kompleks Kraf Jalan Conlay. Melukis potrait untuk para pelancong yang datang. Hujung tahun 97, aku ditawarkan kerja sebagai animator. Bekerja dalam bidang kartun animasi dan sekali gus mempelajari bidang penyiaran dan penerbitan. Dari sini karier aku bermula. Walaupun bekerja dalam dunia animasi, aku masih tak tinggal bidang grafik. Masih melakukan kerja-sambilan (freelance).

1998-2003 Masih bekerja dalam hidang yang sama tapi lebih banyak ilmu dan pengalaman yang di belajari. Beralih dari satu syarikat ke syarikat yang lain tapi bidang yang sama. Banyak pertemuan, banyak kenalan dan bertambah pengalaman. 

2004-2006 Pada awalnya aku buat freelance untuk animasi. Lama kelamaan, kurang permintaan. Aku jadi buntu, maka bermula bidang baru. Berniaga. Walaupun aku berniaga dari kecil lagi, mengikuti jejak orang tua aku berniaga makanan sehingga ada kedai runcit depan rumah tapi ini aku punya sendiri. Berniaga kalau tak kena tipu, tak kena 'main' memang tak sah! Terduduk aku bila terkena. Berhempas pulas demi kedai, pernah satu masa rehat hanya 3 jam sehari, demi kedai dan berniaga di Uptown, Damansara. Penat dan kerja gila. Tak apa ini katakan usaha walau tak kaya.

2007-2009 Antara jangka masa yang paling aku suka. Berniaga dan bekerja. Aku meneruskan kerja dalam bidang grafik. Pengalaman demi pengalaman di lalui, aku di lantik menjadi 'pengurus besar' (GM) di satu syarikat pecetakan. Mengurus dan menangani segala urusuan syarikat bukan satu kerja mudah. Tuan punya syarikat telah banyak mengajar aku pelbagai bidang korporat ini. Sesuatu yang tidak di jangka, dari kutu jalanan berkaos kemas, bertali leher dan bersepatu kulit. Pelbagai orang dari pelbagai taraf dan kedudukan aku jumpa. Dari serendah pangkatnya sehinggalah aku bertemu dengan Sultan. Ye Sultan, yang menyandang Agong pada ketika itu. Berhenti dan terus ke satu peringkat. Aku menubuhkan syarikat aku sendiri, 'Red Cherry Studio' satu nama yang aku banggakan. Pernah punyai pelanggan dari syarikat-syarikat besar seperti MAS, CIMB, HSBC, SAPURA dan beberapa artis terkenal...

2010-2012 Satu demi satu aku terkena, mula syarikat yang pelanggannya 'disapu' kawan. Kemudian kedai kecil aku di BB Plaza... Aku sangat sayang kedai aku ni, tempat aku melepas stress, berjumpa kawan-kawan. Tutupnya ia disebabkan aku, aku yang tak sihat. Dengki khianat manusia kita tak boleh nak halang. Aku terpaksa menutup kedai kesayangan aku.

2013- kini Aku masih berniaga walaupun seminggu sekali, di Amcorp Mall. Masih melakukan kerja freelance grafik. Tapi tidak seperti dulu, kurangnya kerja dan jua kurangnya pembeli. Aku makin tiada modal hanya cuma jual apa yang ada. Penjimatan demi penjimatan, tiada lagi keselesaan apatah lagi kemewahan. 

Bak kata si Osman Tikus "Kita mesti terus hidup!"
Belajar hidup susah, demi tak lalai diri sendiri.

Kadang 'kehendak' yang mahu dilawan memang sukar dari mempertahankan 'keperluan' tapi apakan daya dicuba juga.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan