Khamis, Jun 03, 2010

Berkawan

Biar ramai kawan dari ramai lawan, betul tak? Aku punya ramai kawan, samada lelaki atau perempuan tapi lebih ramai lelaki dari perempuan. Aku tak ingat bila kali terakhir aku menulis, kali ni aku menulis pun disebabkan salah seorang sahabat aku yang suruh aku menulis. Mungkin rindu dengan penulisan aku agaknya.

Teringat pesan arwah Mak, pilih kawan tu biar yang betul-betul sikit. Kawan memang kita kena pilih, bagi aku kenalan, kawan dan sahabat, suatu yag berlainan. Kenalan, cukup dengan hanya berkenalan, kadang-kadang ada yang kita tak tau nama pun. Contohnya macam kawan kepada kawan kita. Kawan, yang kita kenal serba sikit pasal kawan kita ni, mungkin tahu nama, nombor telefon dan lain-lain. Sahabat, satu hubungan yang perlu masa yang agak lama. Mungkin kita dah kenal dia, keluarga dia, perangai dia dan apa yang dia suka atau tak. Bagi aku, aku ramai kenalan dan kawan tapi tak ramai sahabat.

Dari kawan lah aku dapat kenal kehidupan, belajar jahat dan baik, cantik dan buruk, bersih dan kotor. Dari situ juga aku membentuk diri aku, menginspirasi minat aku. Ini bukan kata aku tak ada pendirian tapi dari kawan lah aku mula buat keputusan aku. Sekarang ni bohong la aku, kalau aku katakan diri aku ni tak ada pengaruh kawan-kawan. Kerana kawan-kawanlah yang banyak memberi pengaruh untuk membentuk diriku. Pergaulan memberi peranan utama terhadap membentuk diri aku, tapi kenalah pandai memilih apa yang baik untuk diri sendiri. Takkan aku nak ikut kawan, kalau aku dah tahu apa yang dia buat tu salah. Dari apa yang aku lihat zaman sekarang ni, remaja sekarang lebih mudah terpengaruh dari apa yang kawan-kawan mereka buat. Berbeza dengan zaman aku dulu remaja lebih terpengaruh terus dari budaya luar, terutama dari budaya barat. Aku ambik contoh, macam sekarang ini sudah bertambah mat rempit yang aku perhati ini bukan trend abad 21 ini.

Perkara ini lebih teruk di luar bandar, sampai ada pula kemunculan ‘minah rempit’ dan juga ‘bohsia’. ‘Budaya rempit’ ini aku tahu sudah melanda dari tahun 80an lagi tapi bagi ku pada zaman sekarang (zaman abad 21) tak sesuai lagi bagi aku. Inilah bagi aku pengaruh rakan sebaya walaupun budaya merempit ni sudah ketinggalan zaman. Yang membezakan kawan aku yang terlalu kuat dengan budaya luar, contoh seperti mengidolakan artis-artis barat, turut berpakaian dan cara gaya artis barat. Bukan dengan terlalu mengikut apa yang kawan buat.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan