Selasa, Jun 15, 2010

Misi Gadis Melayu

Misi aku ingin memburu telah tamat... gadis melayu dahulu sudah tiada, aku menjadi sasau bila di suruh mencari teman, di mana gadis yang aku impikan, memang aku ramai kenalan tiada satu pun yang aku berkenan. Aku rasa sudah cukup dengan kenalan yang aku kenal, nak pilih dari kenalan itu satu belum pun menjadi pilihan. Aku takut salah pilihan... Terlintas aku untuk mencari yang lain dari yang aku kenal, yang baru dari mula... tapi aku belum tahu yang mana yang aku putuskan. Yang aku kenal ada yang datang rapat sejak akhir ini, aku masih mencari siapa dirinya dalam diriku dan siapa diri aku dalam dirinya.
 
Masa kini macam dah biasa dengan gejala sosial yang menjadi-jadi dan sekarang dah terlalu ‘so’...sial! Mencari gadis melayu pun susah zaman sekarang ni... semua dah nak jadi ‘minah salleh’ (white people) semuanya hendak ditukar... hitam dipudarkan, bersih dikotorkan... tak kiralah rambut ke, perangai ke mahupun paru-paru... Masih ada yang menganggap benda macam tu dikira, “elehh...relax lah!” Aku bukan nak kutuk bangsa sendiri, sebenarnya malu sebab bangsa aku semuanya tu...!



Bila bercerita mereka semua bangga dengan dosa-dosa yang diorang buat. Bercerita kepuasan nafsu dengan sipolan, dengan sipolan lagi best, tanpa memikirkan kesucian diri yang hilang. Bila difikirkan semula adakah kesucian diri itu tak penting? Bukankah manusia ni sukakan yang elok-elok saja? Aku walaupun lelaki aku tahu menjaga kesucian aku. Kenapa mesti kau hancurkannya? Kerana itu adalah hadiah terbesar dalam perkahwinan... Bagaimana kita dah tahu hadiah itu tiada lebih awal?

Gadis melayu, dimanakah engkau? Tidak semestinya gadis melayu tu, gadis kampung. Adakalanya gadis kampung lagi advance dari gadis bandar... kerana tahap sosial memang rendah tapi bila dah datang dibandar semua nak cuba sebab semua tu kat kampung tak de! Majoriti yang aku lihat orang yang sosial kat KL ni, orang yang datang dari luar bandar. Sebab utama kat kampung tak de, kat sini ada dengan mengatakan, “Hei... nilah cara orang bandar!” Dengan secara tak langsung memburukkan status masyarakat bandar. Bukan aku nak kata orang bandar ni tak sosial tapi segelintir sahaja. Mereka dah tahu terlebih dahulu, mereka membesar dengannya! Aku ramai kawan yang sosial tapi aku tak terpengaruh pun!




Memang semua ini membimbangkan orang tuaku, lebih-lebih lagi dengan imej aku begini...tapi aku tak boleh nak menipu diri aku sendiri. Pergaulan aku makin hari makin bertambah tapi ada satu golongan yang aku tak boleh nak terima untuk berbincang. Mereka ni digelar .....“Mamat Skima”!

Tiada ulasan:

Catat Ulasan