Husni Mohd Rawi a.k.a Bob Kuman (15 April 1971 - 3 Mei 2012)
Aku kenal beliau seingat aku sekitar tahun 1994-1995 di Central Market… lebih 15 tahun, aku tak kenal rapat sangat, cuma kenal gitu-gitu je.. beliau banyak memberi idea pada kawan-kawan. Beliau memang insan seni yang kreatif berbakat besar. Karier menjulang naik nama beliau dengan kumpulan ‘alternatif’ ‘KU2’(Bob Kuman & Kumin) 1995- track lagu yang popular ‘Nicky & Rozi’.
P&C[1995]Pony Canyon Entertaiment M'sia Sdn Bhd
Penerbit - Ajin
Pen.Penerbit - Kuman[Ku2]
Penerbit Eksekutif - Ujang
Susunan Muzik - Ajin
Peniti Suara - Ajin
Jururakam - Syah/Ajin
Studio - Artcell
Unit Promosi - Salina /Azie
Rekabentuk - Ajin
Aku masih kata Arwah Bob masa di rumah sewa di Selayang –“Tuhan ni Maha Adil, orang kaya banyak duit tapi tiada idea, orang miskin macam kita ni penuh dengan idea….”. Masa tu, dalam rumah tu ramai kawan-kawan kartunis, kartunis Aie, Aedes, Kangkung dan beberapa sahabat lagi… Bob sering datang bertandang ke rumah bujang Selayang (tingkat 16 –kalau kami semua gelak boleh bergegar satu flat!). Aku masih ingat kejadian di food court KLCC, ketika Bob membeli air soya yang berharga RM5.00, mungkin dengan rasa sedikit tidak puas hati, “Ape?! Satu RM5.00…?! Kalau macam ni aku pun nak jual air la.. cepat sikit kaya!.... Jangan marah ye, saya gurau je…” sindiran Bob. Kenangan aku tentang Bob, masih teringat lagi aku bersama Apok (tukang print baju Bob)“berapa banyak 'X' la…” mengira saiz baju Bob… memang kelakar kalau di ingat balik.
Bob meneruskan hidupnya dengan lakonan selain menyanyi, pelbagai beliau cuba, hebat insan ini punyai bakat sangat besar, malah lebih besar dari saiz tubuh badannya. Sahabat-sahabat rapat beliau pasti terasaakan kehilangan beliau seperti kartunis Ujang, Aie, komposer Ajin, Saiful Apek, dan ramai lagi... Semoga rohnya dicucuri rahmat dan di tempatkan dikalangan org beriman. -Amin.
Wow! Hampir 5 bulan aku tidak menulis kat blog ni, apa yang janjikan aku menulis pasal Seniman Agong Malaya- Tan Sri P. Ramlee (atau nama sebanarnya Teuku Zakaria bin Teuku Nyak Puteh). Lahirnya beliau, pada pagi Hari Raya-1 Syawal, 22 March 1929. Pengalaman awal beliau dalam bidang musik dengan penubuhan kumpulan keroncong,'Orkes Teruna Sekampung'.
Semenjak memenangi Juara Bintang Radio Pulau Pinang dan terpilih menjadi Bintang Penyanyi Utama Malaya, beliau semakin dikenali dan semenjak beliau berhijrah ke Kota Singapura karier seni beliau menjadi-jadi. Semenjak filem pertama lakonan beliau, Chinta-1948, sehinggalah lakonan dan arahan terakhir beliau 'Laxmana DO RE MI'- kita tak jelak atau jemu dengan lawak jenaka beliau dan para pelakon sokongan.
P. Ramlee bersama Wan Chik Daud (Milah, 'Filem Do Re Mi')
Aku bukan nak cerita pasal sejarah P. Ramlee, atau lawak-lawak beliau, tapi aku nak bercerita pasal kehebatan P. Ramlee. Mungkin ada yang sedar, mahupun ada tidak tahu pasal di mana kehebatan beliau dan rakan-rakan beliau dan disini aku cuba kemukakan.
Pengetahuan aku serba sedikit dalam bidang seni vokal dan seni filem banyak membantu aku menceritakan keperihalan kehebatan Seniman Agong ini.
Mungkin ada yang pernah tertanya, 'apa hebatnya P. Ramlee?', 'dimanakah kehebatannya?'. Disini aku cuba bercerita, kita biasa menonton dengan filem-filem beliau, sehingga menjadi sebahagian dengan kehidupan kita seharian dan terikut-ikut dengan adegan dalam filem P. Ramlee. Secara tanpa sedar cara hidup masyarakat kita hari ini dipengaruhi dari karya beliau. Dengan filem-filem beliau, banyak yang kita dapat belajar, cara-cara kehidupan masyarakat dahulu, budaya masyarakat dahulu dan merakam sejarah secara tidak langsung.
Itu hebatnya beliau sehingga mempengaruhi kita.
Dari segi seni suara, memang tak perlu di sangkal. Apa yang aku baca dan amati, kehidupan seharian beliau bersama sahabat-sahabat telah sebati dengan nota-nota muzik sehinggakan nyanyian dan muzik bukan lagi sebagai kerjaya atau minat/hobi tetapi muzik dan nyanyian menjadi kehidupan seharian. Bagi aku, trio 'Bujang Lapok' paling terbaik, gandingan P. Ramlee, Aziz Satar dan S. Shamsuddin. Sebelum itu P. Ramlee dan Aziz Satar telah pun bersama dalam Orkestra Panca Sitara, bermakna keserasian itu sudah ada. Bujang Lapok pula di tambah dengan S. Shamsuddin yang mahir bermain alat muzik, tambahan pula dengan karetornya yang kelakar.
P. Ramlee bersama isteri, Saloma. (Filem 'Ahmad Albab')
Gabungan mereka ini menjadikan sesuatu impak yang sempurna, maksud aku dari segi lakonan pada setiap watak mereka dan juga gabungan pada vokal mereka. Kalau aku tulis berjela-jela pun mesti ada yang kurang memahami apa yang aku cuba sampaikan, biar aku tunjuk contoh. Berikut petikan dari filem 'Pendekar Bujang Lapok'.
Cuba kita dengar, nyanyi yang bersahaja sambil mendayung smpan(minit 7.56) masa meraka menyanyikan "la...la.la...laaaa" dan bahagian permulaan lagu 'Pok, Pok, Bujanag Lapok'.
Paduan suara meraka yang bersahaja ketika mendayung sampan itu adalah secara spontan (tiada dalam rancangan awal/skrip). Apa yang aku belajar mengenai paduan suara/vokal, atau Acapella memang sesuatu yang amat sukar kalau di lakukan dengan pecahan 3 suara. Terserlah kehebatan mereka, walaupun secara bersahaja/berjenaka melakukan sesuatu yang amat sukar pada orang lain. Kita boleh dengarkan juga dalam lagu 'Maafkan Kami' (perhatiankan S. Shamsuddin bermain gitar dan Aziz satar bermain 'bonggo' yang betul temponya bukan secra sembrono sahaja).
Dalam petikan filem atas, kita perhatikan (minit 6.52) "aik? dia tau nama kita?", sekali lagi secara spontan mereka buat dalam paduan vokal harmony, kemudiannya dialog "pukul 1 malam?" (minit 7.17).
Apa yang cuba ceritakan di sini baru sedikit sahaja kehebatan mereka dan P. Ramlee. Banyak lagi adegan-adegan yang mungkin kita anggap sesuatu yang lucu tapi sebenarnya hanya mereka yang pakar sahaja dapat melakukan.
Kita di muakan dengan filem-filem jenaka beliau antaranya 'quadrologi Bujang Lapok', 'Labu Labi', 'Trilogi Do Re Mi', 'Anak Bapak', 'Madu Tiga', 'Masam-Masam Manis' dan banyak lagi. Ada yang pernah bertanya, filem serius/drama P. Ramlee ? Beliau bukan sahaja hebat dengan karya-karya jenaka, dalam genre drama juga beliau amat genius. Antara filem-filem serius/drama P. Ramlee-'Penarek Becha', 'Antara Dua Darjat', 'Anak-ku Sazali', 'Ibu Mertua-ku' dan banyak lagi. (korang boleh cari kat wiki)
Ada yang pernah tanya pada aku, samada P. Ramlee menghasilkan genre heavy drama? Ye, pernah jawapan aku. Macam aku cakap tadi kita sering di tayangkan dengan filem jenaka beliau sehingga terlupa karya agong beliau yang lain. Filem 'Doktor Rushdi', filem heavy drama beliau hasilkan, mungkin antara kita sukar untuk menerima filem bercorak heavy drama seperti ini.
*Filem ini di hasilkan pada tahun 1971, filem ini mengudang kontroversi yang hebat kerana ada berunsurkan sedikit adegan lucah.
Pada tahun 1963, Filem Festival Asia ke 10 di Tokyo, Jepun, P. Ramlee di anugerahkan Pelakon Pelbagai Bakat (Versatile Talent). Anugerah ini tidak pernah wujud sebelum ini, di mana-mana anugerah perfileman. Anugerah Pelakon Pelbagai Bakat ini adalah pertama dalam dunia dan di beri pada P. RAMLEE.
Kalau aku nak cerita pasal P. Ramlee memang tak habis. Mungkin di masa akan datang aku cerita lagi pasal P. Ramlee. Dalam sejarah perfileman melayu, yang aku tahu P. Ramlee saja yang punyai peminat dari orang negara barat dan dari UK. Ada yang datang Malaya semata-mata untuk bertemu dangan beliau.
Sebenarnya, banyak lagi kehebatan P. Ramlee yang aku nak cerita, pernah beliau berkata, "akan datang semua yang aku filemkan ini tak dapat di nikmati lagi, semuanya akan berubah...". Kata-kata itu merujuk ladang getah yang di rakamkan di kawasan Ulung Klang dalam filem 'Anak Bapak'. Pemikiran beliau sudah mendahului dari zaman beliau.
Masakan kehebatan beliau bukan sahaja di banggakan di rantau ini, pada 2 tahun lepas filem P.Ramlee, mendapat tempat di Paris dengan adanya Ramlee’s Films screenings @ le Centre Pompidou
- Warriors Do Re Mi (Turbulence) : Sunday 24 January 2010. (Laxmana DO RE MI)
- Curse of the Oil Man (La Malédiction de l’homme huile) : Wednesdays 27 January 2010 (Sumpahan Org Minyak)
- The Trishaw Man (Le Tireur de pousse-pousse) : Saturday 6 February 2010 (Penarek Becha)
- My Mother-In-Law (Ma belle-mère) : Friday 12 February 2010 (Ibu Mertua-ku)
- Three Over-age Bachelor Artistes (Trois célibataires font du cinema) : Thursday 18 February 2010. (Bujang Lapok)
Akhir sekali aku berterima kasih kerana sudi baca blog aku yang tak seberapa ini, kalau ada apa mahu di tanyakan pasal P. Ramlee, boleh saja. Oh! Cerita aku tulis ini, tak pakai mana-mana buku rujukan ia semua atas minat aku yang mendalam pada karya beliau.
Mari la kita saksikan sedut lagu 'Begawan Solo' nyayian beliau bersama isterinya Saloma, satu-satunya video klip warna, di rakam di Hong Kong.
Sungguh lama aku tak updated blog ni, macam-macam yang berlaku dalam kehidupan aku sekarang. Sibuk dengan keja, sibuk dengan berniaga, sibuk dengan mengayuhnya... hampir penuh kegiatan aku seharian. Sebenarnya banyak sangat yang aku nak cerita. Berebut-rebut idea keluar dari kepala otak aku. Ahh! Macam-macamlah.
Yang aku cuba usahakan sekarang, penulisan aku terhadap seniman agong, P. Ramlee. Hanya kawan-kawan terdekat saja yang tahu bertapa minatnya aku terhadap beliau. Mungkin ramai dah kenal beliau dan karya serta filem-filem beliau. Akan tetapi, ramai kurang meneliti hasil karya beliau yang hebat sehingga menjadi sebati dengan kehidupan seharian beliau dan rakannya.
Aku belum habis untuk menulis tentang P. Ramlee, aku akan menulis dari perspektif aku, yang aku lihat filem-filem beliau dan buku-buku yang aku baca pasal beliau. Tunggulah hasil dari aku, buat masa sekarang ni aku kena fokus dengan kehidupan seharian yang kabur dan berhabuk. Biasalah kerja buruh biasa, banyak cabarannya. Aku pun tak sabar pasal penulisan ni... tungguu...
La!La!La! Bersuka gembira, menggembirakan hati yang duka lara. Dengan menyanyi aku boleh gembira. Betul kata mendiang Jimi Hendrix, "lagu mempunyai roh tersendiri sehingga ia boleh mendodoi kita hingga tertidur". Aku nak bagitahu yang aku betul-betul minat menyanyi.
Minat menyanyi dengan lagu yang aku minat sangat bercangah. Berbeza rentak. Aku minat lagu rock, aku cinta pada muzik 'Grunge' (ataupun Seatle Sound). Memuja dengan tulisan Eddie Vadder, vokal si Chris Cornell dan petikan gitar si Angus Young cukup membuat aku rock! Ramai lagi pemuzik rock yang aku 'gila'. Bila dengar lagu melayu, si 'Sifu' lah punca aku melagu lembut irama melayu, menulis kias sang puisi dan menyanyi.
Menyanyi yang aku minat, punca mamat nigger 4 orang ni. Menyanyi lagu R&B dan accapella. Minat dari sekolah menengah sampai la sekarang. Macamana aku boleh minat dengan group ni? Aku mula dengar dari album 'Cooleyhighharmony' dengan lagu hit 'End Of The Road'. Lagu yang mempunyai susunan vokal yang mantap dan dari sini aku mula bernyanyi. Bercampur dengan mereka yang berlatih vokal. Mereka yang ada kumpulan, yang serius! Malah kini menjadi artis popular, aku bernyanyi bersama, melenggokkan suara seingin merakamkannya. Aku bukan nak jadi artis rakaman, cuma minat aku menyanyi. Setelah lama mereka teman berlatih sudah tiada, melalak aku keseorangan.
Karaoke, salah satu tempat aku menguji vokal aku. Tempat gembira bersama kawan tapi dalam hati masa inilah untuk berlatih. Aku sering menyanyikan lagu dari 'Anuar Zain', bagi aku antar penyanyi mempunyai vokal yang mantap. Ahh! Aku peduli apa orang nak cakap dia 'FLU' ke, apa ke. Lagu-lagu dia sedap dan yang penting mencabar vokal seseorang penyanyi yang menyanyikan lagu beliau. Lagu hit terbaru 'Sedetik Lebih', soundtrack dari filem 'Merong Mahawangsa'. Bagi aku Anuar Zain saja mendendangkan lagunya itu dengan melodi yang agak susah untuk orang lain nyanyi.
Sekarang aku hanya menyanyi, mendendang dan melalak... Bukan hobi, tapi sekadar menyanyi...
Letih aku mengayuh, ada juga kawan membangga menunduk. Apa yang aku katakan membangga menunduk? Ia seakan-akan 'baling batu sorok tangan'. Bagai hendak jadi artis tapi tak nak glamour... dapat kan maksud aku?
Apa salahkah aku bertanya? Bagaimana? Kenapa? Yang dipanggil kawan ini, menempik kata aku tak pandai, bodoh. Sedangkan dia sendiri buat perkara yang sama macam aku buat juga. Di katakan aku menunjuk-nunjuk, tak kena pula dengan apa yang aku buat.
Mengayuh basikal...
Menunjuk-nunjuk? Kalau mengayuh basikal yang tak nak tunjuk, mengayuh aje lah dalam rumah! Macamana, perbuatan demi kesihatan untuk aku di katakan menunjuk-nunjuk? Tak kan nak berselubung ketika mengayuh? Gila nanti pikiran orang.
Aku seronok mengayuh basikal, seumpama burung terbang bebas, tapi sang pemandu cilaka anggap aku seperti sisir angin di tepian jalan! Mahu di langgar, kalau aku di langgar bukan ke panjang ceritanya? Kalau mati, sampai akhirat sudah tentu. Bukan minta di beri keutamaan, tapi penghormatan dan timbang rasa.
Mengayuh bagi aku suatu kebebasan, kebebasan jiwa. Secara tak langsung untuk kesihatan. Aku tak punya kawan yang setempat untuk mengayuh, selalu aku keseorangan. Agak bahaya bila seorang, sang pemandu cilaka memang tak peduli akan pengayuh basikal seorang. Masih mencari kawan yang boleh mengayuh bersama dengan aku. Semakin ramai sekarang ini, yang minat dengan mengayuh basikal. Alhamdulillah, makin ramai makin bagus, kurang pencemaran...
Kalau di negara seberang khabarnya, ada satu hari tanpa kereta. alangkah bagus program itu di adakan di sini. Bagi pihak berkuasa, silalah ambil sesuatu tindakkan. Ini minat baik, penuh kecerian, kesihatan, perpaduan dan harus beri perhatian. Aku suka mengayuh, di tegur, di lambai, di sapa oleh pengayuh yang lain yang tidak di kenali. Bagusnya mengayuh, semua orang boleh menjadi ramah. Harap sikap ini diteruskan.