Jumaat, Oktober 11, 2013

Sepi yang lari

Lari dari diri yang sendiri
Sepi disini aku benci
Sendiri aku cari arti ini
Sunyi menghampiri disisi

Kalah mengaduh
Menang bersorak
Jangan meringkik
Bagai kuda tiada punca

Aku lari aku hilang
Lalu menyepi sendiri kembali
Benci ini lari lagi
Bila lagi sebegini

Hinggar mereka menang suara
Sunyi aku menang idea
Pada mereka aku lari
Pada aku masih mencari

-farred mercury-


Selasa, Oktober 08, 2013

Kayuh Basikal


La la la laa...
Kayuh aku dengan basikal ini
Seperti burung bebas meluncur ke sana ke mari
Ketawa bagai orang gila masalah yang tiada

Isnin, Oktober 07, 2013

Tidak salah dan tidak perlu sama seperti mereka


Ramai yang tanya aku macamana aku boleh survive hidup aku depan bergantung jualan pada online sahaja... Mudah saja, cuma berbelanja mengikut kemampuan... Aku bekerja bukan untuk mengejar kemewahan, cuma menikmati kemewahan kehidupan... Kadang kita lupa, kita bekerja bukan untuk mengejar kekayaan dan kemewahan... Kita bekerja hanya untuk hidup... Betul kata Pa' Blalang "Ulat dalam batu pun boleh hidup, Cek Kachung" Kalau kita fikiran, bukan disuruh jadi ulat tapi bayangkan kehidupan yang sempit dan gelap masih boleh meneruskan hidup kerana itulah lumrah hidup ulat.

Khamis, Oktober 03, 2013

Sunyi bertandang

Aku dan dia sering bertemu. Sering bersama, tapi aku ingin sekali menjauh darinya. Kalau aku tak sendiri, kalau aku berteman lalu kau menjauh. 

Kini kau datang bertandang. Menemani aku, mendampingi aku, bersahabat dengan aku, sedangkan aku tak perlu dan tak suka. Aku tahu kau bukan dipaksa dan bukan juga diundang... Datang dengan sendiri, menghilang tanpa disedari.


Selasa, Oktober 01, 2013

Setahun sudah.



Hari ini genap setahun aku tidak bekerja. Setahun... Satu tempoh yang panjang dan lebih jauh aku dapat lihat pada diri aku dan orang keliling aku.

Malas dan bebas menjadi kawan aku tetapi bila sunyi datang bertandang buat aku terduduk. Aku masih 'survive' untuk jalani hidup ini, aku menderita dibebani bil bulanan yang ditanggung. (Harus dihapuskan satu persatu-bersabarlah.)