Selasa, Oktober 01, 2013

Setahun sudah.



Hari ini genap setahun aku tidak bekerja. Setahun... Satu tempoh yang panjang dan lebih jauh aku dapat lihat pada diri aku dan orang keliling aku.

Malas dan bebas menjadi kawan aku tetapi bila sunyi datang bertandang buat aku terduduk. Aku masih 'survive' untuk jalani hidup ini, aku menderita dibebani bil bulanan yang ditanggung. (Harus dihapuskan satu persatu-bersabarlah.)

Bil bulan yang telah terikat, ditambah dengan perbelanjaan rumah untuk terus hidup! Serumah yang ada pun dibuat macam hotel. Sekarang mungkin berbeza sedikit dari dulu, jikalau dulu bila terasa lapar belum tentu dapat makan, kini Alhamdulillah ada juga sedikit rezeki. (Teringat suatu ketika dulu, tidak makan 3 hari di dalam rumah sendiri.- Jangan ulangi peristiwa ini!)

Sekarang yang penting berbuat apa yang terbaik, walaupun belum tentu rezekinya... Masih ada kawan sekeliling yang membantu walaupun bukan seagama tapi mereka yang paling memahami. Masih terpahat ingatan aku kata-kata si Osman Tikus "Kita mesti terus hidup!"

Mungkin teruskan tabiat aku yang dulunya, membaca buku...masih banyak buku belum terselak hanya meratap kulitnya sahaja- Iqra'!


Tiada ulasan:

Catat Ulasan