Khamis, Ogos 08, 2013

Melankoli Aidilfitri

Aku di kejutkan oleh sunyi pagi ini, tiada bunyi malah sepi. Mendung gelap bukan lagi malam ; masa untuk bangun! Mamai aku ke ke bilik air. Selesai!Jerang air, kafein kopi yang aku cari. Sehirup kopi, nyaman, seperti orang gian dapat candu.rasa kafein resap dalam badan...

Hari ini Aidilfitri, hari raya yang patut di rayakan. Disini tiada teruja, tiada gelak tawa dan tiada raya. Ada kuih tart sebalang, ada sebungkus kerepek pisang dan secawan sahabat kafein aku.
Mana pergi rutin? Mana perginya budaya? Mana letaknya baju melayu? Rutin dah lama lupa dan tiada lagi budaya, baju melayu? Hanya tinggal nama. Sudah lupa aku macamana beraya, lupa bagaimana bersaudara dan lupa tiada keluarga.
Sunyi Aidilfitri hingga menyusuk telinga menjadi tuli.
"Assalamualaikum...! Kami datang nak raya!" "Ketupat dah potong?" "Abang nak salam?" Sepuluh tahun tiada kedengaran semuanya.
Tinggal aku yang tuli, hanya pagi yang sepi, tiada apa:siapa di sisi.
Aidilfitri, aku, kopi dan secangkir melankoli...

Tiada ulasan:

Catat Ulasan