Khamis, Oktober 03, 2013

Sunyi bertandang

Aku dan dia sering bertemu. Sering bersama, tapi aku ingin sekali menjauh darinya. Kalau aku tak sendiri, kalau aku berteman lalu kau menjauh. 

Kini kau datang bertandang. Menemani aku, mendampingi aku, bersahabat dengan aku, sedangkan aku tak perlu dan tak suka. Aku tahu kau bukan dipaksa dan bukan juga diundang... Datang dengan sendiri, menghilang tanpa disedari.


Pergilah engkau sehingga aku panggil kembali, aku tak perlu saat ini. Sana kau pergi! Mual dan muak aku dengan kau sering bertandang tak kena masa. Datangnya kau sehingga hingar keliling lari lintang pukang. Aku bukan benci kau, kini aku tidak memerlukan kau. Harap kau pergi jauh kerana aku tidak boleh lari, hanya mengharapkan kau pergi dari sini.

Pergi! Pergi.!! Pergilah sunyi!!!

Tiada ulasan:

Catat Ulasan