Sabtu, Disember 27, 2014

Cinta Sejati

Pesanan orang tua, jangan terlalu mencintai jikalau belum pasti kita yang memilikinya. Dulu aku kata, cinta sejati datang sekali, tapi cinta sejati bukan untuk dibilang berapa kali ia perlu dihitung dengan nilai kesetiaan dan kejujuran yang diberikan.

Cinta sejati pernah aku fikir takkan datang kembali lagi. Sememangnya fitrah manusia untuk menyukai dan mencintai, tidak kira berapa kali pun. Aku juga pernah menyintai (kononnya cinta sejati) kerana terlalu sayang dan terlalu sakit bila ditinggalkan. Sekian lama, berulang kembali perasaan yang sama dan peristiwa yang sama…sedih dan perit. Terlalu egois kalau aku katakan aku tak menangis kalau dah perasaan diporak-perandakan.

Hanya terfikir, berapa kalikah aku perlu hadapi peristiwa sebegini? Bukan mahu berkira cinta sejati tapi bahagia yang hakiki di cari…

Cinta sejati boleh kembali kalau keikhlasan, kejujuran dan kesetiaan di beri…

Tiada ulasan:

Catat Ulasan