Rabu, Mac 21, 2012

Hebatkah P. Ramlee?

Wow! Hampir 5 bulan aku tidak menulis kat blog ni, apa yang janjikan aku menulis pasal Seniman Agong Malaya- Tan Sri P. Ramlee (atau nama sebanarnya Teuku Zakaria bin Teuku Nyak Puteh). Lahirnya beliau, pada pagi Hari Raya-1 Syawal, 22 March 1929. Pengalaman awal beliau dalam bidang musik dengan penubuhan kumpulan keroncong,'Orkes Teruna Sekampung'.

Semenjak memenangi Juara Bintang Radio Pulau Pinang dan terpilih menjadi Bintang Penyanyi Utama Malaya, beliau semakin dikenali dan semenjak beliau berhijrah ke Kota Singapura karier seni beliau menjadi-jadi. Semenjak filem pertama lakonan beliau, Chinta-1948, sehinggalah lakonan dan arahan terakhir beliau 'Laxmana DO RE MI'- kita tak jelak atau jemu dengan lawak jenaka beliau dan para pelakon sokongan.

P. Ramlee bersama Wan Chik Daud (Milah, 'Filem Do Re Mi')



Aku bukan nak cerita pasal sejarah P. Ramlee, atau lawak-lawak beliau, tapi aku nak bercerita pasal kehebatan P. Ramlee. Mungkin ada yang sedar, mahupun ada tidak tahu pasal di mana kehebatan beliau dan rakan-rakan beliau dan disini aku cuba kemukakan.

Pengetahuan aku serba sedikit dalam bidang seni vokal dan seni filem banyak membantu aku menceritakan keperihalan kehebatan Seniman Agong ini.

Mungkin ada yang pernah tertanya, 'apa hebatnya P. Ramlee?', 'dimanakah kehebatannya?'. Disini aku cuba bercerita, kita biasa menonton dengan filem-filem beliau, sehingga menjadi sebahagian dengan kehidupan kita seharian dan terikut-ikut dengan adegan dalam filem P. Ramlee. Secara tanpa sedar cara hidup masyarakat kita hari ini dipengaruhi dari karya beliau. Dengan filem-filem beliau, banyak yang kita dapat belajar, cara-cara kehidupan masyarakat dahulu, budaya masyarakat dahulu dan merakam sejarah secara tidak langsung.

Itu hebatnya beliau sehingga mempengaruhi kita.

Dari segi seni suara, memang tak perlu di sangkal. Apa yang aku baca dan amati, kehidupan seharian beliau bersama sahabat-sahabat telah sebati dengan nota-nota muzik sehinggakan nyanyian dan muzik bukan lagi sebagai kerjaya atau minat/hobi tetapi muzik dan nyanyian menjadi kehidupan seharian. Bagi aku, trio 'Bujang Lapok' paling terbaik, gandingan P. Ramlee, Aziz Satar dan S. Shamsuddin. Sebelum itu P. Ramlee dan Aziz Satar telah pun bersama dalam Orkestra Panca Sitara, bermakna keserasian itu sudah ada. Bujang Lapok pula di tambah dengan S. Shamsuddin yang mahir bermain alat muzik, tambahan pula dengan karetornya yang kelakar.

P. Ramlee bersama isteri, Saloma. (Filem 'Ahmad Albab')
Gabungan mereka ini menjadikan sesuatu impak yang sempurna, maksud aku dari segi lakonan pada setiap watak mereka dan juga gabungan pada vokal mereka. Kalau aku tulis berjela-jela pun mesti ada yang kurang memahami apa yang aku cuba sampaikan, biar aku tunjuk contoh. Berikut petikan dari filem 'Pendekar Bujang Lapok'.

Cuba kita dengar, nyanyi yang bersahaja sambil mendayung smpan(minit 7.56) masa meraka menyanyikan "la...la.la...laaaa" dan bahagian permulaan lagu 'Pok, Pok, Bujanag Lapok'.


Paduan suara meraka yang bersahaja ketika mendayung sampan itu adalah secara spontan (tiada dalam rancangan awal/skrip). Apa yang aku belajar mengenai paduan suara/vokal, atau Acapella memang sesuatu yang amat sukar kalau di lakukan dengan pecahan 3 suara. Terserlah kehebatan mereka, walaupun secara bersahaja/berjenaka melakukan sesuatu yang amat sukar pada orang lain. Kita boleh dengarkan juga dalam lagu 'Maafkan Kami' (perhatiankan S. Shamsuddin bermain gitar dan Aziz satar bermain 'bonggo' yang betul temponya bukan secra sembrono sahaja).


Dalam petikan filem atas, kita perhatikan (minit 6.52) "aik? dia tau nama kita?", sekali lagi secara spontan mereka buat dalam paduan vokal harmony, kemudiannya dialog "pukul 1 malam?" (minit 7.17).

Apa yang cuba ceritakan di sini baru sedikit sahaja kehebatan mereka dan P. Ramlee. Banyak lagi adegan-adegan yang mungkin kita anggap sesuatu yang lucu tapi sebenarnya hanya mereka yang pakar sahaja dapat melakukan.

Kita di muakan dengan filem-filem jenaka beliau antaranya 'quadrologi Bujang Lapok', 'Labu Labi', 'Trilogi Do Re Mi', 'Anak Bapak', 'Madu Tiga', 'Masam-Masam Manis' dan banyak lagi. Ada yang pernah bertanya, filem serius/drama P. Ramlee ? Beliau bukan sahaja hebat dengan karya-karya jenaka, dalam genre drama juga beliau amat genius. Antara filem-filem serius/drama P. Ramlee-'Penarek Becha', 'Antara Dua Darjat', 'Anak-ku Sazali', 'Ibu Mertua-ku' dan banyak lagi. (korang boleh cari kat wiki)

Ada yang pernah tanya pada aku, samada P. Ramlee menghasilkan genre heavy drama? Ye, pernah jawapan aku. Macam aku cakap tadi kita sering di tayangkan dengan filem jenaka beliau sehingga terlupa karya agong beliau yang lain. Filem 'Doktor Rushdi', filem heavy drama beliau hasilkan, mungkin antara kita sukar untuk menerima filem bercorak heavy drama seperti ini.

*Filem ini di hasilkan pada tahun 1971, filem ini mengudang kontroversi yang hebat kerana ada berunsurkan sedikit adegan lucah.

Pada tahun 1963, Filem Festival Asia ke 10 di Tokyo, Jepun, P. Ramlee di anugerahkan Pelakon Pelbagai Bakat (Versatile Talent). Anugerah ini tidak pernah wujud sebelum ini, di mana-mana anugerah perfileman. Anugerah Pelakon Pelbagai Bakat ini adalah pertama dalam dunia dan di beri pada P. RAMLEE.

Kalau aku nak cerita pasal P. Ramlee memang tak habis. Mungkin di masa akan datang aku cerita lagi pasal P. Ramlee. Dalam sejarah perfileman melayu, yang aku tahu P. Ramlee saja yang punyai peminat dari orang negara barat dan dari UK. Ada yang datang Malaya semata-mata untuk bertemu dangan beliau.

Sebenarnya, banyak lagi kehebatan P. Ramlee yang aku nak cerita, pernah beliau berkata, "akan datang semua yang aku filemkan ini tak dapat di nikmati lagi, semuanya akan berubah...". Kata-kata itu merujuk ladang getah yang di rakamkan di kawasan Ulung Klang dalam filem 'Anak Bapak'. Pemikiran beliau sudah mendahului dari zaman beliau.

Masakan kehebatan beliau bukan sahaja di banggakan di rantau ini, pada 2 tahun lepas filem P.Ramlee, mendapat tempat di Paris dengan adanya Ramlee’s Films screenings @ le Centre Pompidou

  • - Warriors Do Re Mi (Turbulence) : Sunday 24 January 2010. (Laxmana DO RE MI)
  • - Curse of the Oil Man (La Malédiction de l’homme huile) : Wednesdays 27 January 2010 (Sumpahan Org Minyak)
  • - The Trishaw Man (Le Tireur de pousse-pousse) : Saturday 6 February 2010 (Penarek Becha)
  • - My Mother-In-Law (Ma belle-mère) : Friday 12 February 2010 (Ibu Mertua-ku)
  • - Three Over-age Bachelor Artistes (Trois célibataires font du cinema) : Thursday 18 February 2010. (Bujang Lapok)
Akhir sekali aku berterima kasih kerana sudi baca blog aku yang tak seberapa ini, kalau ada apa mahu di tanyakan pasal P. Ramlee, boleh saja. Oh! Cerita aku tulis ini, tak pakai mana-mana buku rujukan ia semua atas minat aku yang mendalam pada karya beliau.

Mari la kita saksikan sedut lagu 'Begawan Solo' nyayian beliau bersama isterinya Saloma, satu-satunya video klip warna, dirakam di Hong Kong.


2 ulasan:

  1. Perkongsian yang menarik tentang Allahyarham Tan Sri P. Ramlee ini dikupas oleh saudara ...

    BalasPadam
  2. Seniman ulong leganda malaysia,pengorbanan beliau dalam berkarya tiada tolok bandingnya...

    BalasPadam