Khamis, Januari 13, 2011

Aku Malas

Aku da semakim malas nak menulis, membaca pun aku dah malas. Kawan aku selalu tegur aku, suruh aku menulis.. suka sangat dengan tulisan aku agaknya. Aku sebagai pengguna pengangkutan awam tegar, sering sangat dapat idea/ilham bila aku dalam LRT. Mungkin dengan meluncur lajunya LRT itu serta bisikan lagu dari MP3 aku ni, memang mudah aku tenang pikiran. Banyak juga puisi yang aku buat dalam LRT, tapi aku tak penah buat pun puisi pasal LRT. Biarlah LRT hanya pemberi ilham. Telatah manusia membuat aku berfikir, kadang aku mereka-mereka kisah pasal seseorang tu, melalut tak tentu pasal.




Aku da makin malas nak berniaga, baik tutup kedai je. Mainan pun sudah maik kurang, menjual mainan ni bukan mudah. Menjual sesuatu yang membuatkan seseorang tu bahagia/gembira tapi disebaliknya aku sedih merana. Macam pelawak, pelukis kartun, pengarah/pelakon siri komedi dan tak lupa juga pada badut!

Sudah makin malas aku pada semua. Porak-peranda, terlalu banyak korupsi. Akhirnya apa yang tinggal? Pikir la sendiri... aku da malas. Rinduku pada temasek meluap-luap. Bila berada di sana aku rasa kan maju/bersatu. Jangan asyik melaungkan 'boleh' tapi 'tak boleh'. Boleh berkorupsi adalah. Ni adalah yang aku buat dalam LRT.


Masa untuk dia,

Masa untuk sapa,
Masa untuk tanya,
Masa untuk cinta,
Masa untuk suka,
Masa untuk duka,
Masa untuk hampa,
Masa untuk derita,
Masa untuk tiada.

Masa untuk semula....

Tiada ulasan:

Catat Ulasan