Jumaat, Januari 28, 2011

Selepas 10 Tahun...

Aku mempunyai seorang kakak angkat, 10 tahun dulu... kami berdua sangat rapat! Bagai adik-beradik betul, kadang-kadang pun adik beradik betul pun gaduh jugak. Aku nak cerita pasal kakak kesayangan aku ni. Kami berjumpa sebab kami bekerja di tempat yang sama, satu pejabat. Cuma di lain bahagian, aku di bahagian produksi, dia penyambut tetamu. Dari situ kami berkenalan dan semakin 'ngam'.

Kami berpisah selepas aku tukar kerja, kami mula putus hubungan. Tahun demi tahun, aku tetap mencari kakak aku ni, dia pun sama. Hendak di jadikan cerita, baru-baru ni, aku berbual dengan rakan sekerja dahulu dan bercerita pasal kakak aku ni. Malam tu jugak, aku mencari kakak kesayangan aku ni dalam 'Facebook'! Jumpa dan terus add! Selang 2-3 hari, masih tak approve! Aku add lagi sekali, dan kali ni aku hantar sekali pesanan.

"Akak da lupa ke adik kesayangan akak ni?"

Dia masih ragu-ragu, dan aku hantar 'link' gamba aku dok tersengih. Apa yang dia cerita kat aku, lepas dia bukak je gamba tu , dia menjerit satu pejabat dia dengar. "YA ALLAH......adik aku!" di 'Facebook' memang tertera nombor selular aku. Petang tu jugak kakak aku ni telefon aku. Aku tak dapat berbual panjang dengan dia, sebab aku tengah ada urusan petang tu.

Malam tu, aku call dan kami bersembang panjang. Perancangan telah di atur untuk berjumpa. Pada 27 January, kami berjumpa selepas 10 tahun berpisah. Berbagai cerita dibualkan, maklumlah 10 tahun perjalanan hidup. Macam-macam onak duri di jalani, dirungkai sepanjang pertemuan kami malam tu. Aku rasa gembira sangat-sangat, setelah berjumpa kembali orang yang aku sayang dan menyayangi aku.

Malam tu aku teruja, suka dan gembira sangat-sangat! Akhirnya, aku tahu masih ada orang yang sayang pada diri aku ni walaupun selepas 10 tahun...

SAYA SAYANG KAKAK SAYA!

1 ulasan: